semusim perjalanan

semusim perjalanan

Friday, 24 April 2015

SUBUH NAN BARAKAH


          ANTARA DETIK PALING HENING DALAM SEHARI IALAH WAKTU SUBUH.DALAM BAHASA ARAB SUBUH BERMAKNA PAGI.NAMUN DALAM PENGGUNAAN BIASA DI NUSANTARA,SUBUH MERUJUK WAKTU FAJAR ATAU WAKTU SOLAT SUBUH SEHINGGA TERBIT MATAHARI.

Permulaan hari
          Dalam kitaran kehidupan normal seseorang manusia (yang bukan bekerja syif malam dan seumpamanya), subuh merupakan permulaan hari.Kedatangan waktu subuh bererti munculnya satu lagi hari baharu dalam lembaran kehidupan.Bermakna usia kita bertambah sehari lagi.
         Dapat menikmati waktu subuh bermakna kita masih diberi nikmat nyawa, udara, kehidupan dan segala-galanya untuk terus berkarya dan menyumbang kepada kemanusiaan .Justeru, hari baharu perlu dimulakan dengan amalan kebaikan,doa dan harapan terhadap Allah.
         Memulakan setiap subuh dengan azam dan cita–cita yang sentiasa diperbaharui. Inilah gambaran permulaan hari seorang muslim. Iaitu mengakui dan mengiktiraf kekuasaan dan kerajaan Allah dalam kehidupan sehariannya bahkan berjanji setia  untuk berpagi-pagi bersama Allah.
         Sememangnya waktu fajar atau subuh saat yang amat hening, sunyi, tenang dan menyamankan. Jiwa yang bangkit ketika itu pasti beruntung dan memperoleh kesan-kesan positif daripada suasana hening tersebut. Apatah lagi jika waktu yang amat tinggi dengan aura positif ini diisi dengan amalan-amalan yang soleh.

Amalan waktu pagi
Al-Quran menggalakkan pelbagai aktiviti yang sangat baik untuk diamalkan pada setiap subuh;
*Bertahajud.
*Beristighfar.
*membaca Al-Quran.

         Justeru,mari kita isi keheningan subuh dengan istighfar dan membaca Al-Quran. Saat sebelum subuh,iaitu sepertiga akhir malam ,kita penuhi pula dengan  solat tahajud. Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan yang mendapat pengampunan Allah, Rasul-nya dan para malaikat.

No comments:

Post a Comment