![]() |
| Belajar SYUKUR daripada buah tembikai |
Seorang lelaki soleh pulang ke rumah dengan membawa sebiji
tembikai ( ada orang panggil timun Cina :) . Dia membeli buah itu dari sebuah
pasar. Isterinya membelah tembikai itu dan merasanya:"tawar". Lalu
isterinya terus-terusan merungut. Melihat isterinya yg merungut itu,
Suami berkata: "Saya membeli tembikai itu dari
pasar"
Isteri: "Saya tau"
Suami: " pada pendapat awak, semasa saya membeli
tembikai tadi, saya nak yang manis atau yang tawar?"
Isteri: " Tentulah yang manis"
Suami:" Ketika penjual sedang menjual tadi, agaknya
mereka nak menjual yang manis atau yang tawar?"
Isteri: "Tentulah mereka ingin menjual yg manis"
Suami terus lagi bertanya: " Ketika peraih(aka org
tengah) ingin menjual kepada penjual di pasar, mereka agaknya ingin menjual
yang manis atau yang tawar?"
Isteri: "Mesti yang manis"
Si suami diam sejenak...
Kemudian dia menyambung." Ketika pekebun menanam
tembikainya, adakah dia mahu tembikai yang tumbuh nanti manis atau tawar?"
Isteri: " Tentu yang manis, pastinya."
Suami:" Ketika awak membelah buah ini tadi, awak
inginkan yang manis atau yang tawar?"
Isteri: "Mesti saya ingin yang manis. Kenapa dengan
semua soalan ini?" soal isteri.
Orang soleh itu tersenyum pada isterinya. Lalu dia berkata:
"Ketika semua orang inginkan buah yang manis,sebaliknya
pula yang berlaku.Buah tembikai itu tawar rasanya!"
Isteri orang soleh itu terdiam.
Marahkan siapa?
'Jadi ketika awak marah tentang rasa tembikai yang tawar,
awak sebenarnya marahkan siapa? Bukankah semua orang inginkan buah yang manis.
Tetapi kuasa Allah memutuskan buah itu tawar rasanya, Jadi awak marahkan siapa?
Marahkan saya yg membeli, atau penjual yang menjual atau awak yang membelah
atau pekebun yg menanam? Atau Allah yang menentukan rasa tawar?"
Adab ketika makan: Janganlah kita mengecam, mengutuk makanan
walaupun makanan itu tidak sedap. Kalau kita tak suka, kita tinggalkan sahaja.
Pengajarannya: kita faham bahawa rezeki kita dapat yang
manis atau tawar, sedap atau tidak, semuanya ditentukan Allah. Jika kita
mengecamnya, ramai orang akan terasa hati. Mungkin emak atau isteri yang
memasak terasa hati. atau mungkin ayah yang membeli terasa hati. Dan
lebih-lebih lagi tanpa kita sedar, kita seolah-olah "mengecam" Allah
yg mengurniakan rezeki itu kepada kita. Jika kita tidak bersyukur dengan yang
sedikit, mana mungkin kita akan bersyukur dengan yang banyak.
Semoga bermanfaat.

No comments:
Post a Comment