semusim perjalanan

semusim perjalanan

Friday, 24 April 2015

SUBUH NAN BARAKAH


          ANTARA DETIK PALING HENING DALAM SEHARI IALAH WAKTU SUBUH.DALAM BAHASA ARAB SUBUH BERMAKNA PAGI.NAMUN DALAM PENGGUNAAN BIASA DI NUSANTARA,SUBUH MERUJUK WAKTU FAJAR ATAU WAKTU SOLAT SUBUH SEHINGGA TERBIT MATAHARI.

Permulaan hari
          Dalam kitaran kehidupan normal seseorang manusia (yang bukan bekerja syif malam dan seumpamanya), subuh merupakan permulaan hari.Kedatangan waktu subuh bererti munculnya satu lagi hari baharu dalam lembaran kehidupan.Bermakna usia kita bertambah sehari lagi.
         Dapat menikmati waktu subuh bermakna kita masih diberi nikmat nyawa, udara, kehidupan dan segala-galanya untuk terus berkarya dan menyumbang kepada kemanusiaan .Justeru, hari baharu perlu dimulakan dengan amalan kebaikan,doa dan harapan terhadap Allah.
         Memulakan setiap subuh dengan azam dan cita–cita yang sentiasa diperbaharui. Inilah gambaran permulaan hari seorang muslim. Iaitu mengakui dan mengiktiraf kekuasaan dan kerajaan Allah dalam kehidupan sehariannya bahkan berjanji setia  untuk berpagi-pagi bersama Allah.
         Sememangnya waktu fajar atau subuh saat yang amat hening, sunyi, tenang dan menyamankan. Jiwa yang bangkit ketika itu pasti beruntung dan memperoleh kesan-kesan positif daripada suasana hening tersebut. Apatah lagi jika waktu yang amat tinggi dengan aura positif ini diisi dengan amalan-amalan yang soleh.

Amalan waktu pagi
Al-Quran menggalakkan pelbagai aktiviti yang sangat baik untuk diamalkan pada setiap subuh;
*Bertahajud.
*Beristighfar.
*membaca Al-Quran.

         Justeru,mari kita isi keheningan subuh dengan istighfar dan membaca Al-Quran. Saat sebelum subuh,iaitu sepertiga akhir malam ,kita penuhi pula dengan  solat tahajud. Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan yang mendapat pengampunan Allah, Rasul-nya dan para malaikat.

Sunday, 5 April 2015


zikrullah, the heart’s serenity.

Solat Sunat Dhuha

Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya.
Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya. Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”
Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.”   (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud).

Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat dan paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang boleh dikerjakan adalah dua rakaat.
Nabi Muhammad SAW  bersabda: “Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.”   (HR Al-Hakim dan At-Tabrani)

Waktu Solat Dhuha
Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Sekira cuacanya berhalangan adalah lebih mudah dengan merujuk kepada takwim waktu solat. Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuruk 7.32 pagi dan ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi.
Walaupun begitu waktu paling afdal melakukan Solat Sunat Dhuha adalah anggaran matahari naik, tinggi segalah (7 hasta atau 3 meter), lebih kurang dalam pukul 9.30 pagi.
Zaid bin Arqam r.a. berkata: “Nabi SAW keluar menuju tempat Ahli Quba, di kala itu mereka sedang mengerjakan Solat Dhuha. Baginda bersabda; “Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah, iaitu di waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha.”  (HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi).

Cara Mengerjakan Solat Dhuha
Solat ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat sehinggalah 12 rakaat, tetapi yang paling banyak dikerjakan oleh Rasulullah ialahlapan rakaat.
.

1.  Niatnya:
.
.
2Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:

a.  Solat sunat Dhuha dua rakaat:
i.  Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau;
ii.  As-Syams dan Ad-Dhuha. atau;
iii.  Al-lail dan Al-Insyirah.

b.  Solat Dhuha lebih daripada 4 rakaat;
i.  Solat Pertama :   As-Syams dan Ad-Dhuha.
ii.  Solat Seterusnya :   Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas

3.   Semasa sujud terakhir bacalah sebanyak 40 kali:.
.
4.   Selepas memberi salam, bertasbihlah 10 kali:
.
.
5.  Berdoa
.

Fadhilat Solat Dhuha

Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW  bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”
Rasulullah SAW  bersabda:  “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila  tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.”   (HR At-Tabrani)
Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an,  “Allah berfirman:“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.”   (HR. Haklim dan Tabrani).

Hati Yang Tenang ialah Hati Yang Bersih

Dalam merentasi kehidupan ini, kita mungkin ada berasa rendah diri terhadap orang sekeliling. Barangkali rendah diri terhadap sahabat-sahabat sebaya. Boleh jadi rendah diri terhadap adik beradik dan ipar duai. Boleh jadi rendah diri terhadap jiran dan teman sekerja. Rasa rendah diri yang tidak diasuh dengan baik menumbuhkan rasa cemburu melihat kejayaan dan kegembiraan orang lain malah boleh menyebabkan rasa benci timbul terhadap orang lain. Paling kritikal apabila mula membenci diri sendiri. Segala yang dipandang matanya terasa sakit hingga ke hati.

Ayuh ubat hati. Ingatlah kita akan mati bila-bila sahaja. Biar sekarang hodoh, yang penting di akhirat cun kalah bidadari. Biar sekarang miskin, yang penting di akhirat kaya raya. Biar sekarang lemah, yang penting di akhirat sihat dan gagah.
Apabila hati bersih, tiada benci dalam hati. Maka manisnya syurga akan terasa semenjak di dunia. Kaya tanpa harta, sejuk mata memandang biarpun tanpa hidung mancung, wajah bercahaya biarpun berkulit gelap, berkuasa biarpun tanpa pangkat dan disayangi makhluk di bumi dan di langit.



Friday, 27 March 2015

Tak pernah bagi duit kat parent?



"It's not about the money, it's about the value of the money."

P/s  : suatu perkongsian yang sgt berguna. Sama-samalah kita kongsikan info yang berguna ini. Mudah-mudahan kita semua dapat amalkan walaupun ketika kita kesempitan wang. InsyaAllah..