Dalam merentasi kehidupan ini, kita mungkin ada berasa
rendah diri terhadap orang sekeliling. Barangkali rendah diri terhadap
sahabat-sahabat sebaya. Boleh jadi rendah diri terhadap adik beradik dan ipar
duai. Boleh jadi rendah diri terhadap jiran dan teman sekerja. Rasa rendah diri
yang tidak diasuh dengan baik menumbuhkan rasa cemburu melihat kejayaan dan
kegembiraan orang lain malah boleh menyebabkan rasa benci timbul terhadap orang
lain. Paling kritikal apabila mula membenci diri sendiri. Segala yang dipandang
matanya terasa sakit hingga ke hati.
Ayuh ubat hati. Ingatlah kita akan mati bila-bila sahaja.
Biar sekarang hodoh, yang penting di akhirat cun kalah bidadari. Biar sekarang
miskin, yang penting di akhirat kaya raya. Biar sekarang lemah, yang penting di
akhirat sihat dan gagah.
Apabila hati bersih, tiada benci dalam hati. Maka manisnya
syurga akan terasa semenjak di dunia. Kaya tanpa harta, sejuk mata memandang
biarpun tanpa hidung mancung, wajah bercahaya biarpun berkulit gelap, berkuasa
biarpun tanpa pangkat dan disayangi makhluk di bumi dan di langit.

No comments:
Post a Comment