Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih
seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya.
Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa
keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya. Abu Hurairah pernah
berkata: “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan
ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum
tidur.”
Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah
masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang
badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah
sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah.
Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan
sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat
Dhuha.” (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud).
Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan
rakaat dan paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling
sedikit yang boleh dikerjakan adalah dua rakaat.
Nabi Muhammad SAW
bersabda: “Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan
empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu
petang.” (HR Al-Hakim dan At-Tabrani)
Waktu Solat Dhuha
Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik.
Sekira cuacanya berhalangan adalah lebih mudah dengan merujuk kepada takwim
waktu solat. Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu
Syuruk 7.32 pagi dan ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam
8.00 pagi.
Walaupun begitu waktu paling afdal melakukan Solat Sunat
Dhuha adalah anggaran matahari naik, tinggi segalah (7 hasta atau 3 meter),
lebih kurang dalam pukul 9.30 pagi.
Zaid bin Arqam r.a. berkata: “Nabi SAW keluar menuju tempat
Ahli Quba, di kala itu mereka sedang mengerjakan Solat Dhuha. Baginda bersabda;
“Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah, iaitu di waktu anak-anak
unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha.” (HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi).
Cara Mengerjakan Solat Dhuha
Solat ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat
sehinggalah 12 rakaat, tetapi yang paling banyak dikerjakan oleh Rasulullah
ialahlapan rakaat.
.
1. Niatnya:
.
2. Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:
3. Semasa sujud terakhir bacalah sebanyak 40 kali:.
a. Solat sunat Dhuha dua rakaat:
i. Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau;
ii. As-Syams dan Ad-Dhuha. atau;
iii. Al-lail dan Al-Insyirah.
b. Solat Dhuha lebih daripada 4 rakaat;
i. Solat Pertama : As-Syams dan Ad-Dhuha.
ii. Solat Seterusnya : Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas
.
4. Selepas memberi salam, bertasbihlah 10 kali:
.
5. Berdoa
.





No comments:
Post a Comment